Sunday, December 26, 2010

Pemadam dan Pensil

Pemadam dan Pensil


Pensil : Maafkan aku, kawan.

Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.

Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.

Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!




Dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

Pensil : Kawan, aku sayang kamu! :)

Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.

Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BlogMalaysia.com

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Protected by Copyscape Duplicate Content Penalty Protection