Tuesday, March 23, 2010

:: ARNAB & KURA_KURA ::

kite memang da biase dengar cite arnab & kura-kura kan..tapi...as we grew older, version cerita nie pun berubah..jom kite renung-renungkan...sejenak..



Dalam sebuah hutan di pinggir sebuah kampung, tinggal seekor arnab dan seekor kura-kura yang telah lanjut umurnya.
Walaubagaimanapun, mereka saling tidak menyenangi antara satu sama lain.
 Pada suatu hari, arnab telah mengajak kura-kura untuk berlumba. Setelah tiba di tempat pada waktu yang ditetapkan, maka bermulalah perlumbaan itu.
Arnab yang pantas lariannya berasa angkuh lantas tertido dalam perjalanan.
Dalam pertandingan itu, arnab telah tertewas. Lantaran tidak berpuas hati, arnab sekali lagi mengajak kura-kura untuk berlumba.
 Kura-kura setuju.
Maka pertandingan diadakan sekali lagi.
dan ternyata, arnab menang dalam pertandingan kali ini.
 Namun, kura-kura tidak berpuas hati.
Kura-kura mencabar arnab mengadakan pertandingan lagi tetapi jalan yang berbeza yakni melalui sungai.
Arnab yang angkuh itu bersetuju kerana berasa yakin & mampu untuk menghadapi sebarang halangan.
Setelah tiba di sebuah sungai, pertandingan dimulakan.
Kura-kura bergerak perlahan di dalam air namun arnab masih lagi tidak memulakan lariannnya.
Dalam pertandingan kali ini, arnab telah tertewas lagi.
Dan sekali lagi, arnab tidak berpuas hati dan ingin mengadakan pertandingan sekali lagi.
Persetujuan telah dicapai.
Arnab & kura-kura akan bertanding lagi.
Namun, kali ini..sewaktu melalui sungai,
"Arnab, ko naek la atas badanku, agar kita cepat sampai ke seberang" pinta kura-kura pada arnab tersebut.
keegoannya sebagai binatang pantas pudar..
Setibanya di seberang,
"Kura-kura, naek la ke atas badanku, agar kita cepat sampai ke destinasi"
Arnab berlari laju bersama kura-kura di atas belakangnya..
Maka, pada pertandingan kali ini, arnab dan kura-kura selamat tiba ke destinasi meraih kejayaan bersama..



Moral of the story :

1) Yang cepat bantu membantulah yang lambat

2) Yang mempunyai kelebihan jangan lah egomu terlalu tinggi kerana kita tidak mampu hidup di dunia ini sendirian

3) yang lambat, berusahalah untuk maju ke hadapan..masih ada cara, ruang dan peluang untuk kalian menonjolkan diri

4) berkerjasamalah bagi meraih kejayaan

5) Failure we face, success we share!

6) Gudluck!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BlogMalaysia.com

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Protected by Copyscape Duplicate Content Penalty Protection