Saturday, January 1, 2011

Auld lang syne

Auld lang syne

Should auld acquaintance be forgot,
And never brought to mind?
Should auld acquaintance be forgot,
And auld lang syne?
   Chorus:
   For auld lang syne, my dear,
   For auld lang syne.
   We'll take a cup o' kindness yet,
   For auld lang syne.

And surely ye'll be your pint-stowp!
And surely I'll be mine!
And we'll take a cup o' kindness yet,
for auld lang syne.

We twa hae run about the braes
And pou'd the gowans fine.
We've wandered mony a weary foot,
Sin' auld lang syne.

We twa hae sported i' the burn,
From morning sun till dine,
But seas between us braid hae roared
Sin' auld lang syne.

And ther's a hand, my trusty friend,
And gie's a hand o' thine;
We'll tak' a right good willie-waught,
For auld lang syne.


Shid ald akwentans bee firgot,
an nivir brocht ti mynd?
Shid ald akwentans bee firgot,
an ald lang syn*?

CHORUS:
Fir ald lang syn, ma jo,
fir ald lang syn,
wil tak a cup o kyndnes yet,
fir ald lang syn.
An sheerly yil bee yur pynt-staup!
an sheerly al bee myn!
An will tak a cup o kyndnes yet,
fir ald lang syn.

CHORUS
We twa hay rin aboot the braes,
an pood the gowans fyn;
Bit weev wandert monae a weery fet,
sin ald lang syn.

CHORUS
We twa hay pedilt in the burn,
fray mornin sun til dyn;
But seas between us bred hay roard
sin ald lang syn.

CHORUS
An thers a han, my trustee feer!
an gees a han o thyn!
And we’ll tak a richt‡ gude-willie-waucht‡,
fir ald lang syn.

CHORUS

Happy New Year folks. Keep an eye out for my posts in January where I plan to take this wonderful journey to a no regrets life.

Take care and be well


Friday, December 31, 2010

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee…


by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46am
1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32 

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas 

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin….  Huhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
 Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." 
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her.. 

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
 Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. 
Surah Al-Jatsiyah : 18

 “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.                  
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

7.  Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t.  (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
                                                                                    Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan.  Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Thursday, December 30, 2010

Kerana 10 Sen | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kerana 10 Sen | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, December 26, 2010

Pemadam dan Pensil

Pemadam dan Pensil


Pensil : Maafkan aku, kawan.

Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.

Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.

Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!




Dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

Pensil : Kawan, aku sayang kamu! :)

Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.

Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?

Buatmu Hawa

Saturday, December 25, 2010

Never Give Up





Allah s.w.t berfirman “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” QS. al-Baqarah; 2/186

Friday, July 9, 2010

Every Night & Every Day

Monday, July 5, 2010

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA


10 WASIAT HASSAN AL-BANNA 
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu.

2)Wahai kawanku, 
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.

3)Wahai kawanku, 
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan

4)Wahai kawanku, 
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya

5)Wahai kawanku, 
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa

6)Wahai kawanku, 
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan

7)Wahai kawanku, 
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu

8)Wahai kawanku, 
Usahlah umpat mengumpat 

9)Wahai kawanku, 
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia

10)Wahai kawanku, 
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa

Muhammad Ali Quotes

I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion." 
Muhammad Ali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BlogMalaysia.com

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Protected by Copyscape Duplicate Content Penalty Protection