Showing posts with label lavendeR. Show all posts
Showing posts with label lavendeR. Show all posts

Friday, April 9, 2010

::: RiNdOoo bLog mRsm...:::

Lame x uPdaTe
xdop mase waaaaaaaaaaaaaaaa
petang tadi exam end of module
InsyaAllah & Alhamdulillah soalan yang common dan yang memang wajar di tanya..



semalam ad tazkirah..dengar para sahabat bercerita tentang seorang hamba Allah yang daif dan seorang wali..

seorang hamba Allah yang daif  itu bertanya kepada Wali Allah,

"Mengapa jika kamu memohon kepada Allah, Allah akan memperkenankan permohonanmu dengan begitu mudah?"

Wali itu hanya tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan.Pada suatau hari, hamba Allah yang daif itu menaiki sebuah sampan untuk pergi ke sebuah pulau..Kebetulan pada waktu yang sama, wali Allah itu juga ingin pergi ke pulau tersebut..

Wali Allah meminta kebenaran hamba Allah yang daif itu untuk menaiki sampannya..

"Bolehkah kamu menumpangkan aku ke pulau itu?"

Hamba Allah yang daif ini membenarkan si wali tersebut menumpang sampannya..

walaubagaimanapun, satu keadaan yang tidak terduga berlaku di tengah-tengah laut. Si wali Allah tersebut menolak hamba Allah yang daif itu ke dalam laut..

Hamba Allah yang daif itu begitu terkejut dan tergapai-gapai di dalam laut meminta tolong untuk diselamatkan. Dalam keadaan takut itu, si hamba allah yang daif ini tidak putus-putus berdoa kepada Allah meminta agar diselamatkan. Pada waktu yang sama dia masih juga berusaha untuk menyelamatkan diri daripada tenggelam. Walaubagaimanapun di dalam hati hamba Allah yang daif itu masih tercalit sebuah ketakutan terhadap perkara yang tidak terduga yang mungkin bakal berlaku..

Setelah itu, hamba Allah yang daif itu di selamatkan oleh wali tersebut. Si hamba Allah yang daif itu begitu marah kepadanya..

"Mengapa kamu tergamak melakukan itu terhadapku?"

Kata si wali Allah tersebut,

"Begitulah caraku berdoa ketika memohon kepada Allah..seperti mana cara engkau berdoa memohon pertolongan Allah sewaktu engkau terkapai-kapai meminta bantuan disamping kamu berusaha untuk mendapatkan pertolongan darinya dan di dalam hatimu terdapat perasaan takut dan mengharap"...

   

Tuesday, March 23, 2010

:: ARNAB & KURA_KURA ::

kite memang da biase dengar cite arnab & kura-kura kan..tapi...as we grew older, version cerita nie pun berubah..jom kite renung-renungkan...sejenak..



Dalam sebuah hutan di pinggir sebuah kampung, tinggal seekor arnab dan seekor kura-kura yang telah lanjut umurnya.
Walaubagaimanapun, mereka saling tidak menyenangi antara satu sama lain.
 Pada suatu hari, arnab telah mengajak kura-kura untuk berlumba. Setelah tiba di tempat pada waktu yang ditetapkan, maka bermulalah perlumbaan itu.
Arnab yang pantas lariannya berasa angkuh lantas tertido dalam perjalanan.
Dalam pertandingan itu, arnab telah tertewas. Lantaran tidak berpuas hati, arnab sekali lagi mengajak kura-kura untuk berlumba.
 Kura-kura setuju.
Maka pertandingan diadakan sekali lagi.
dan ternyata, arnab menang dalam pertandingan kali ini.
 Namun, kura-kura tidak berpuas hati.
Kura-kura mencabar arnab mengadakan pertandingan lagi tetapi jalan yang berbeza yakni melalui sungai.
Arnab yang angkuh itu bersetuju kerana berasa yakin & mampu untuk menghadapi sebarang halangan.
Setelah tiba di sebuah sungai, pertandingan dimulakan.
Kura-kura bergerak perlahan di dalam air namun arnab masih lagi tidak memulakan lariannnya.
Dalam pertandingan kali ini, arnab telah tertewas lagi.
Dan sekali lagi, arnab tidak berpuas hati dan ingin mengadakan pertandingan sekali lagi.
Persetujuan telah dicapai.
Arnab & kura-kura akan bertanding lagi.
Namun, kali ini..sewaktu melalui sungai,
"Arnab, ko naek la atas badanku, agar kita cepat sampai ke seberang" pinta kura-kura pada arnab tersebut.
keegoannya sebagai binatang pantas pudar..
Setibanya di seberang,
"Kura-kura, naek la ke atas badanku, agar kita cepat sampai ke destinasi"
Arnab berlari laju bersama kura-kura di atas belakangnya..
Maka, pada pertandingan kali ini, arnab dan kura-kura selamat tiba ke destinasi meraih kejayaan bersama..



Moral of the story :

1) Yang cepat bantu membantulah yang lambat

2) Yang mempunyai kelebihan jangan lah egomu terlalu tinggi kerana kita tidak mampu hidup di dunia ini sendirian

3) yang lambat, berusahalah untuk maju ke hadapan..masih ada cara, ruang dan peluang untuk kalian menonjolkan diri

4) berkerjasamalah bagi meraih kejayaan

5) Failure we face, success we share!

6) Gudluck!!

Thursday, March 18, 2010

:: usaH puTus asa ::

Usah Putus Asa

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BlogMalaysia.com

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Protected by Copyscape Duplicate Content Penalty Protection